Wednesday, September 26, 2012
get well soon bibeh!Dukacita dimaklumkan bahawasanya virus jahat yg dtg menyinggah semakin mengganas. Ditambah pula dgn faktor cuaca yg sungguh tak memberangsangkan, akhirnya daku tumpas jua. Tak pasal2 kena ambil EL hari ni. Boring sebenarnya duduk rumah sorang2. Tp nak buat camne? Dah tak larat nak bekerja, takkan nak paksa diri pulak. Redha je lah.. *melingkar atas sofa sambil tgk tv*
Tuesday, September 25, 2012
selawat syifaALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM
Translation :
O Allah! Send blessings on our leader Muhammad, the medicine of hearts and their cure, the health of bodies and their healing, the light of eyes and their illumination, and upon his family, companions, and send peace.
Monday, September 24, 2012
pakej lengkapKurang sihat. Demam. Selsema. Batuk. Pakej lengkap. Jangkit dari my sis. Ingatkan bila dah tidur asing dlm bilik masing2, kebarangkalian nak terjangkit tu semakin tipis. Rupanya idok. Kalau dah duduk satu rumah tu virus tetap akan sampai ya? Hahahampeh. Dah, jgn nak merungut or merengek. Dah tua bangka kot. Pandai2lah jaga diri sendiri.
Teruskan bertabah dan mohon segala penyakit akan pergi dgn segera. Amin.
Wednesday, September 19, 2012
gerak khas?Dari pagi td kelopak mata sebelah kanan asyik bergerak2. Kalau refer kat orang tua2, mesti keluar teori nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh. Tak pun, nak dapat berita baik. Tp ikut kata orang yg tak berapa nak muda ni pulak, eye twitching ni terjadi mungkin due to tiredness and stress kot. Kebetulan weekend hari tu mmg kurang tidur dan letih disebabkan perjalanan jauh. Dan esoknya pula terus naik kerja. Mau tak tekanan perasaan dibuatnya? Hehehe.
Takde apa sgt yg nak dirisaukan. Pagi esok hilanglah tu.. *ayat penyedap hati*
Tuesday, September 18, 2012
Legoland.. jyeah!Kejadian beberapa minggu yg sudah. Ya, orang lain sibuk beraya pergi ziarah sanak saudara, yg akak ni pulak sakan berkunjung ke Legoland. 2 hari berturut2 pulak tu. Lols. Actually masa ni Legoland belum dibuka secara rasmi. Tp dorang bagi peluang orang ramai dtg cuci mata dan berfotogedik kat The Beginning area. Ala2 teaser gitu. Jadilah, kan? Takkan nak expect dorang bagi naik rides bagai. Free kot :)
Tiket masuk mahal sgt? Firstly, takde siapa yg paksa pergi. Secondly, benda tu takkan lari ke mana. Kalau tak suka or rasa membazir, jgn pergi. Kalau nak pergi jugak, sila menabung dari sekarang. Pilihan di tangan anda. Sekian.
Sunday, September 09, 2012
ntah apa-apaAs you all know, my expertise is mengabaikan blog peliharaan. So apalah sgt kalau blog tak di-update setakat sebulan dua, kan? Normal kot. Hehe.
Tak tahu nak cerita apa. Raya? Sama je macam tahun sudah. In fact, betul2 beraya on 1st Syawal je. Selebihnya hanya tersadai kat rumah. Tengok tv makan maruku. Hambar. Yg agak menarik utk dikenang cuma part berhasil bawa pulang SD$50. Ya, duit raya di usia sebegini. Mampu? Kihkihkih.
Oh, ada sesuatu terjadi masa hari raya kedua. Sesuatu yg sgt mengemosikan. Serius syahdu sendu di Aidilfitri kaedahnya. Hurmm.. biarkanlah dia. Yg penting kami yg bertiga ni masih perlukan satu sama lain dan akan tetap bersama :')
Ah, mati terus mood nak mengarang ayat bila ingatkan kejadian tu. Pffft! Dah.. dah.. mari bersurai. Kthxbai.


